SESI
DISEMBER 2017
KONSEP
KEJIRANAN DAN HAK-HAK JIRAN
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
NURUL ASNIRA BINTI
ABU BAKAR
|
02DTM15F2010
|
NURUL AFIFAH BINTI
ROSALMI
|
02DTM15F2012
|
NURUL HIDAYAH BINTI
EDDY BUDI
|
02DTM15F2035
|
NOORANISA FATIN BINTI
ABDUL HALIM
|
02DTM15F2037
|
NAMA
PENSYARAH : RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI
KELAS
: DTM 5A
PENDAHULUAN
Kami menjalankan
tugasan ini bagi memenuhi keperluan tugasan yang diberi dalam menyiapkan
E-Folio Komunikasi dan Penyiaran Islam dalam semester lima. Tugasan yang kami
jalankan ialah berkaitan dengan konsep kejiranan dalam Islam yang terdapat di
Malaysia.
Kami telah diberi
tugasan bertajuk konsep kejiranan dalam penyediaan E-Folio yang telah diberikan.
Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan tugasan kursus ini ialah 4 minggu.
Kami telah menggunakan tempoh 2 minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan
2 minggu yang seterusnya untuk proses akhir laporan E-folio. Kami membuat
tugasan ini untuk mengetahui konsep kejiranan di zaman moden.
Kami telah
menjalankan tugasan ini bersama-sama. Kami bekerja keras dan saling membantu
dalam mencari data dan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Kami menggunakan
data dan maklumat yang diperoleh untuk menulis laporan E-Folio ini secara
lengkap.
PENGENALAN
Dewasa ini kita menyaksikan
masyarakat semakin rosak dan porak poranda. Ya, kami tak pernah mengecualikan
diri kami. Kami juga terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncaya ialah
institusi kekeluargaan dan kejiranan yang tidak diberikan perhatian sepenuhnya.
Kita berbicara tentang isu kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan
perumahan misalnya tidak merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui
keadaan sekitar rumahnya. Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng
sekolah, terlibat dengan gejala sosial. Isteri jiran curang. Seolah-olah dia
terlupa bahawa dia juga sedang terdedah kepada perkara-perkara sedemikian jika
terus bertindak tidak mempedulikan jiran tetangganya.
Kami ingin menulis secara ringkas tentang
isu kejiranan ini. Islam merupakan agama yang syumul. Kejiranan ialah satu
cabang kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik
kepada jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yang
bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah
kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu
bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang
mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yang bukan kerabat."
Rasulullah sendiri terlalu memandang berat
akan hak-hak jiran dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. Baginda juga
melarang keras daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah
pernah bersabda:
"Jibril sentiasa berpesan kepada aku
tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta
pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yang terlalu kerap menyentuh
hak-hak jiran menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat
bahagian dalam pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:
"Sesiapa yang beriman dengan Allah
Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi
Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa yang menyakiti jirannya, maka
sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yang menyakiti aku, maka
sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yang memerangi
jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yang memerangi
aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh
Ibnu Hibban.
"Demi Allah, tidak beriman seseorang
itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya" Hadith Abu
Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikhan
Maksudnya, selagi mana seseorang itu
menganggu jirannya, memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya, maka dia
belum dianggap sebagai seorang Mukmin yang baik. Jiran yang paling berhak untuk
dilakukan kebaikannya ialah yang paling dekat pintunya dengan rumah kita.
Terdapat hadith yang menyebut bahawa di
kalangan jiran itu ada yang mempunyai 3 hak, iaitu jiran Muslim yang mempunyai
hubungan kerabat dengan kamu. Ada pula yang mempunyai 2 hak, iaitu jiran
Muslim. Dan ada juga yang mempunyai satu hak, iatu jiran Zimmi (kafir yang
berada di bawah naungan Islam) Antara hadith yang membicarakan perkara ini
ialah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Al-Bazzar di dalam
Musnad mereka. Tetapi hadith tersebut berstatus dhaif, walaubagaimanapun masih boleh
digunakan dalam Fadhail Amal.
Cuba kita perhatikan, hadith ini ada
menyebut tentang hak kejiranan terhadap jiran yang zimmi, sedangkan dia bukan
seorang Muslim. Betapa mulianya Islam kerana memandang jiran yang kafir sebagai
seorang yang layak untuk menerima layanan baik walaupun berlainan agama. Ia
juga menunjukkan betapa pentingnya hak-hak kejiranan pada pandangan agama.
Apabila berbicara soal kejiranan yang
merupakan satu cabang kemasyarakatan, membicarakan soal Al-'Amru bil Ma'ruf dan
An-Nahyu 'anil Munkar ialah satu perkara yang wajib! Sistem dakwah dengan
berhikmah yang dianjurkan Islam amat diyakini akan berjaya memulihkan kembali
keburukan yang berlaku dalam masyarakat.
Kesedaran seseorang individu untuk
menjadi individu muslim yang sejati akan melahirkan keluarga muslim yang
sejati. Gabungan keluarga-keluarga ini pula akan mewujudkan masyarakat Islam
yang sejati. Akan tetapi gabungan ini tidak akan berjaya sekiranya konsep
kejiranan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah tidak diterapkan. Kejiranan yang
harmonilah yang akan menjayakan kewujudan masyarakat Islam yang seterusnya
membawa kepada penubuhan sebuah daulah Islam yang dicita-citakan. Formula ini
tidak akan berjaya melainkan unsur-unsur dalam formula tersebut dipenuhi. Dan kejiranan
merupakan unsur penting formula ini! Jika dahagakan Khilafah, maka kejiranan
jangan diabaikan! Jangan terlalu gopoh inginkan kemenangan Islam sedangkan
kejiranan masih dalam porak-poranda.
DEFINISI
Dari segi
bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa
pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang
yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan
lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran
juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah
tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w
menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah
rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada
Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh
manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh
kita.
Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam
namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah
melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya
mementingkan diri sendiri.
Kita lihat manusia hari ini sibuk
membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang
tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa
mempedulikan orang lain.
Marilah kita kembali kepada sunnah
rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan
mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat
kejiranan.
HAK-HAK
JIRAN
Hak jiran
perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan
tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan
jiran. Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
Maksudnya : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
KEPENTINGAN JIRAN DALAM ISLAM
Allah swt
menyebut di dalam Al-Qur’an :
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
“Sembahlah Allah dan janganlah
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat
atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Allah memesan kepada hamba-hamba-Nya
supaya menjalankan kewajipan menyembah-Nya dan juga dalam masa yang sama
menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-hamba yang lain. Bahkan di dalam
kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyebut perintah
menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan baik dan ihsan.
Adapun berkait soal jiran, di dalam
Islam jiran menduduki kedudukan yang utama dan mulia disisi syarak dan perlu
dipenuhi hak-hak dan kewajipan serta memuliakan mereka supaya tercapai salah
satu kebahagiaan yang disebut di dalam hadith yang dinyatakan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Aisyah ra dan Ibn
Umar ra daripada nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda : “ Selalu Jibril
memesan kepadaku (supaya berlaku baik) perihal jiran sehingga aku seolah-olah
menyangka mereka dapat mewarisi (harta pusaka)” .
(hadith
sahih riwayat Bukhari no. 5668 dan Muslim no. 2624).
Jelaslah bahawa perintah Jibril di atas
menyuruh berlaku ihsan dan baik kepada jiran dan melayani mereka dengan baik
tanpa mengira apakah muslim atau kafir dan apakah jahat atau baik.
Ini disebabkan daripada riwayat
Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah
menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah
sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?”
diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith
sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
Juga baginda rasulullah bersabda : “
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia
memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku
baik kepada jirannya”.
(hadith
sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Hadith di atas sangatlah besar pengertiannya
apabila rasulullah menghimpunkan keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan
berlaku baik kepada jiran sekaligus bermakna iman kepada Allah itu bukanlah
hanya di lisan atau hati sebaliknya mencakupi urusan amal perbuatan dan
cabang-cabangnya sangatlah banyak serta salah satu dari cabang iman itu ialah
memuliakan jiran dan berlaku baik kepadanya.
Demikian Al-Imam Baihaqi ra memasukkan
dalam kitabnya Syabul Iman (Cabang Keimanan) dan menyebut pada cabang yang ke
67 dari cabang iman itu berdasarkan hadith 70 lebih cabang iman bahawa termasuk
menghormati dan memuliakan jiran itu ialah cabang iman.
Menyayangi jiran juga termasuk dari
perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang menyebut : “ Demi zat yang jiwaku
berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia
mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri”
.
(hadith
sahih riwayat Muslim no. 45).
Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah
bahawa hendaklah mencintai jiran dan memelihara hak mereka seperti mana kita
mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita dijagai dan dipelihara.
Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda sebagai seorang yang
beriman kepada Allah.
Memenuhi Hak
Jiran
Kejiranan
ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu
berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan
berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan
sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan
mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak
jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab
ini secara saksama.
Berikut
ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :
1) Tidak
menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan
menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda
rasulullah : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka
janganlah dia menyakiti jirannya” .
(hadith
sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang
baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang
ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah
bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi
Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan
perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan
mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab
oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan
ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang
bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak
menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.
(hadith
sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul
Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh
Adz-zahabi).
2)
Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa
mudharat
Memuliakan
jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta
termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama
Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka
misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh
orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah
dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.
Baginda rasulullah bersabda : “
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia
memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku
baik kepada jirannya”.
(hadith
sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Adapun bagi
jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan
maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah
didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik
amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan
kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan
kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah
mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan
mereka.
3) Memberi
layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
Islam
mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari
banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra
yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau
memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya
dan berikan kepada jiran engkau”.
(hadith
sahih riwayat Muslim no. 2625)
Juga
daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda
rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah
memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan
si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith
sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
4) Membantu
dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
Termasuk di
antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan
berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang
beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya
kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang
yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui
keadaan jirannya itu”
(hadith
sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra
no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh
Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran
itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang
dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi
pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.
5) Menjaga
rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
Disebalik
berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu
juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat
serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.
Hendaklah seorang yang beriman itu
melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak
menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah
yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya
dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang
tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .
(hadith
sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).
Memelihara jiran dari sesuatu yang
bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot
kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya
bahaya mendekati mereka.
Berlaku
khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang
boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda
mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat
serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan
kepada ahli keluarga mereka.
Sabda
rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang
wanita adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya”
demikian juga apabila ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya
seseorang itu daripada sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri
dari rumah jirannya” .
(hadith
sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan
tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).
Kedudukan Jiran Menurut keutamaan
Dapat
disimpulkan dari ayat surah An-Nisa dan pelbagai hadith mengenai keutamaan
jiran bahawa jiran itu memiliki kedudukan berbeza mengikut keadaannya antara
satu sama lain seperti yang turut disebut oleh Al-Hafidz Imam Ibn Hajar ra
(lihat dalam
Fathul Bari m/s 441 Jilid 10).
Berikut
ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang
lebih berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya :
1) Jiran
yang muslim yang paling dekat dengan pintu rumah
(hadith
sahih riwayat Bukhari no. 2140)
2) Jiran
muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan
Allah
berfirman :
وَالْجَارِ ذِي
الْقُرْبَى
“..jiran
tetangga yang berhubungan dekat” (An-Nisa: 36).
Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam
juga bersabda : “Sedekah ke atas orang yang miskin itu pahalanya sedekah tetapi
sedekah ke atas kaum kerabat baginya dua iaitu pahala sedekah dan dapat mengeratkan
hubungan” .
(hadith
sahih riwayat Nasaie no. 2582 dan Tirmidzi no. 658, Ibn Majah no. 1844 dan
Ahmad 16276 serta Darimi dan Baihaqi juga Hakim dengan Isnad yang sahih,
disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan dihasankan oleh Tirmidzi).
3) Jiran
muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat
Allah
berfirman :
يَرْفَعِ اللَّهُ
الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُم وَالَّذِينَ أُوتُوْا العِلْمَ دَرَجَاتِ
“ Dan Allah
mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Al-Mujadalah :11).
Juga dari riwayat yang dibawa oleh Imam
Khatib Al-Baghdadi yang menyebut bahawa telah berkata Muhammad Al-Basri “
Diluaskan majlis (dberi penghormatan dalam majlis) kepada penghafaz Al-quran,
ulama’ dan golongan tua dalam agama.”
(Lihat
Khatib Al-Baghdadi dalam Jami’ Akhlaq Rawi wa Adab Sima’,m/s 393).
4) Jiran
muslim yang soleh dan beribadah
Allah swt
berfirman :
أَفَمَنْ كَانَ
مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لاَ يَسْتَوُونَ
“ Apakah
keadaan orang yang beriman itu sama halnya seperti orang yang fasiq ? Sungguh
mereka tidak sama” (As-Sajadah : 18).
5) Jiran
yang fasiq dan ahli maksiat
Sabda
rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Seorang muslim itu ialah saudara kepada
muslim yang lain, tidaklah boleh dia menzaliminya dan menyerahkannya kepada
musuh (untuk dianiayai)..”
(hadith
sahih riwayat Bukhari no. 2310 dan Muslim no. 2580)
6) Jiran
yang kafir
Allah swt
berfirman :
وَالْجَارِ الْجُنُبِ
“Dan Jiran
tetangga yang berhubungan jauh” (An-Nisa : 36).
Ini disebabkan daripada riwayat Abdullah
ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih
kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari
daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak
tiga kali oleh baginda.
(hadith
sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya
dan Ahmad no. 6496).
KESIMPULAN
Hendaklah
kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat mentaati
perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan sebaik
dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai seorang
yang beriman.
لاَ يُكَلِّفُ
اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah
Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar
kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).
Hak kejiranan dan panduan yang diberikan
oleh Islam tidak lain ialah untuk mencapai apa yang disebutkan sebagai salah
satu daripada kebahagiaan dan keamanan dalam hidup.
Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat
tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa
dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki
jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan
kenderaan yang buruk” .
Memiliki jiran yang beragama dan Jiran
merupakan teman sekehidupan yang berada berhampiran dengan kehidupan kita
seharian dan mereka mempengaruhi keselesaan dan persekitaran hidup diri kita
dan ahli keluarga. Bagi soleh dapat mempengaruhi kehidupan anak-anak dan
memberikan contoh serta persekitaran yang selamat serta selesa kepada ahli
keluarga. Juga dengan memenuhi tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang
baik merupakan salah satu daripada tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada
diri sendiri dan keluarga.
Tidaklah bergelar muslim yang baik dan
benar apabila seseorang itu memiliki nama terkenal dan berceramah atau
melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan rumah orang lain
sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada ahli
keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.
Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan
yang baik dan menghimpunkan di antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat
dengan kelakuan baik serta akhlak dan budi perkerti mulia terhadap insan dan
hamba Allah yang lain.
Marilah kita bersama-sama menjadi jiran yang
baik dan berdoa kepada Allah swt seperti sabda baginda : “Ya Allah berikanlah
aku perlindungan dari jiran yang jahat di tempat tinggalku” .
LAMPIRAN
LAMPIRAN